Sunday, December 26, 2010

Kisah Pusat Jalur Lebar Komuniti KG Permatang Sepam.....

Assalamualaikum pembuka bicara......
 Harap senang mata memandang...












Aku nak cerita tentang Pusat Jalur Lebar Komuniti yang di sediakan di KG Permatang Sepam..


Image



Pusat Jalur Lebar Komuniti di KG Permatang Sepam ni dibina untuk mendedahkan dan menyenangkan kepada penduduk di sekitar kampung ni untuk melayari internet.Di bawah program 1 MALAYSIA,Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak menggalakkan kita semua pergi ke Pusat Jalur Lebar yang berhampiran supaya kita dapat mempelajari ilmu pngetahuannye mengenai dunia IT dan merapatkan jurang digital.. Dengan adanya Pusat Jalur Lebarl ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek Pusat Jalur Lebar Komuniti ini adalah inisiatif terkini daripadaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad. Dengan adanya Pusat Jalur Lebar ni senang la kite orang nak mencari kawan dimana-mana saja samada di dalam atau pun di luar kawasan.Malahan ada yang sampai luar negara.Kite orang dapat semua kawan tu dari laman sosial FACEBOOK,TWITER,MYSPACE,dan yang lain2 lagi.Kita juga dapat belajar macam2 dan membuat blog macam ni.Lihat gambar di sebelah.Ini adalah benda pertama yang akan anda lihat jika anda sampai di sini.Tapi yang tak best nye kat sini x de tempat "parking"..










 Pusat Jalur Lebar ini terdapat dua bahagian.Di depan ini ialah tempat dimana Cik Aifaa Huda Binti Ashari dan penolongnya Encik Mohamad Haidar Bin Mohd Jahari @wak bear bertugas.Mereka melakukan tugas mereka tegan cekap.mereka juga telah mengajar kite care nk menaip dengan laju,membut blog,dan macam2 lagi.Ini akan melahirkan generasi yang celik IT sama seperti saranan Perdana Menteri Malaysia yang mahu merapatkan jurang celik IT di kampung dan di bandar.Dengan ini penduduk di sekitar kampung ini akan celik IT.





Ini pula pemandangan di dalam.Di sini la kite orang main game,buka FACEBOOK dan ada juga yang membuat kerja.Lihat gambar di sebelah,kemaskan??Ini bermaksud petugas yang mengendalikan tempat ini sangat menitik beratkan soal kebersihan,kekemasan dan keceriaan.Pengunjung yang datang pun merasa selesa dan mengujungi tempat ni lagi.Sebab itu PJK di sini selalu ramai dengan pengunjung.Kalau gambar di sebelah ni cume ada 10 buah komputer je.Harap2 dapat la di tambah la supaya senang kite nak guna.






Tapi,ada juga sesetengah hamba Allah yang menyalah gunakan kemudahan yang di berikan ini dengan melayari laman web lucah.Sepatutnya kita menggunakan ke arah yang betul.Lihat gambar di sebelah.Pihak pentadbir telah menampal banyak poster yang mengandungi laman2 web yang berguna seperti pelajaran,pekerjaan,belia dan macam2 lagi.Pihak pentadbir mahu mereka melayari laman web yang berguna.







Gambar di sebelah kanan ini pula gambar tempat pentadbir mengajar budak-budak menggunakan komputer.Dengan adanye khidmat LCD maka senang la mereka mengajar budak-budak yang memang susah diajar.Pihak pentadbir juga mengadakan Bengkel Kid's IT Pelajar Tadika Kemas.Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar di peringkat awal mengenai perkakasan komputer. Penggunaan teknologi komputer pada peringkat kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun secara amnya akan dapat memudahkan mereka mendapat pengetahuan tentang perkakasan yang perlu ada bagi sesebuah komputer.Lihat la contoh gambar-gambar yang berkenaan dengan Bengkel Kid's IT Pelajar Tadika Kemas.


Selain itu,pihak PJK juga membuat banyak lagi aktivita seperti :Bengkel E-dagang & Movie Maker,Bengkel Pintar IT,Hari Kualiti & Hari Sepakat Bestari dan Program Promosi PJK & PJL.


Akhir skali,mari la kita semua pergi ke Pusat Jalur Lebar Komuniti yang berdekatan supaya kita  dapat menunaikan saranan Perdana Menteri kita.


                                   ..SEKIAN TERIMA KASIH...         



                   








created by : CEPLOS












  Terima kasih kepada semua yang menolong saya membuat blog ini terutamanya Wak Bear dan Kak Aifaa kerana mendorong saya menjayakan kerja ini.Tidak lupa juga kepada kawan-kawan dan makwe saya juga kerana sudi memberi nasihat dan idea.Terima kasih juga kepada pihak TM kerana membekalkan elektrik kerana jika tada elektrik masakan saya boleh menyiapkan blog ini.



Penulis         =Ceplos.

Pengarang    =Ceplos.
Penyedia lagu=Ceplos.
Penganjur     =PJK PMTG SEPAM.
Pengadil       =Wak Bear dan Kak Aifaa.
Pemenang    =Ceplos kot =-).
Penata Seni  =Ceplos.
Pengarah     =Ceplos.






No comments:

Post a Comment